Sign In
Mobirise Website Builder
http://hbk.gov.bn/Images1/anugerah2022/dr%20hilmy.png
YM Dr. Awang Mohd Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof
Anugerah Belia Cemerlang 2022

Pensyarah/Ketua Unit Perancangan Strategik/Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali/ Pegawai Perhubungan Awam, Strayholders


Beliau seringkali dijemput untuk menyampaikan ucaptama dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dibeberapa seminar dan program ilmiah diperingkat kebangsaan, ASEAN dan antarabangsa seperti "Education in Brunei Darussalam" di Philadelphia, Amerika Syarikat; "Alam Sekitar dari Perspektif Islam" anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia; dan "Anglo-Persian Tests and the Colonial Understanding of Religion" di Harvard University. 

Walau di era dunia dilanda wabak COVID-19, beliau tetap aktif dijemput selaku panel jemputan secara maya terutama dalam kalangan negara-negara ASEAN.  Beliau juga aktif dalam program pendidikan dan dakwah sebagai panel jemputan diradio dan televisyen dalam pelbagai program seperti program mingguan "Suara Belia" kendalian Rangkaian Nur Islam; Kuliyah Tassawuf di Masjid Kg. Sungai Hanching; dan program mingguan yang masih aktif hingga sekarang iaitu Kuliyah Tasawuf Hadith 40 Penawar Hati di Masjid Omar Ali Saifuddien.


Pencapaian Cemerlang

2019-2020 - Menjadi Sarjana Fulbright di Temple University and George Washington University

2016 - Dilantik menjadi "Muslim Youth Ambassador of Peace International" oleh ISESCO di Singapura

2014 - Mewakili NBD ke Kem Kem Kepimpinan Nusantara, KL

2011 - Mewakili NBD ke Persidangan Belia Commonwealth, Australia

2011 - Mewakili NBD ke Persidangan Belia ASEAN, Jakarta

2010 - Mewakili NBD ke ASEAN Future Leaders Summit, KL

Attachments